Jaket Varsity Custom Made

Custom-Made Varsity Jacket By Eraine

Kami buatkan varsity jacket yang hebat untuk anda dan tampil menyerlah berbanding yang lain

Kami tawarkan pilihan-pilihan yang hebat untuk varsity jacket anda:

  • Fabrik berkualiti – kain fleece untuk jaket anda atau pilihan kulit sintetik dan kulit asli untuk bahagian lengan
  • Jika anda perlukan lapisan kain lining – kami ada satin dan quilt
  • Kain rib di hujung lengan, di leher dan di pinggang – mengikut pilihan warna anda
  • Dekorasi – kami ada sulaman berkomputer, chenille, patch dan cetakan silkscreen

Pesanan minima: 10 helai
Tempoh penyediaan: dalam tempoh 4~6 minggu*

Apa yang kami boleh buatkan untuk jaket anda…

Stail

Pilih stail varsity jacket anda, kami ada pilihan classic, raglan, hoodie dan raglan-hoodie.
Styles of varsity jackets

Saiz

Terdapat saiz untuk dewasa dan kanak-kanak. Saiz ekstra besar untuk dewasa juga ada disediakan atas permintaan.

Fabrik

Kain fleece adalah pilihan terbaik untuk membuat varsity jacket. Sila klik pada imej gambar kain di sebelah untuk melihat pilihan warna-warna kain fleece.

Kain Lining

Menambah kain lining atau kain lapisan dalam untuk varsity jacket anda menjadikannya kelihatan lebih bergaya dan yang paling penting menjadikannya kelihatan mahal dan tentu saja, anda kelihatan lebih hebat! Selain menjadikan jaket anda lebih cantik, kain lining akan menjadikan jaket anda lebih tahan lama.

Pelanggan boleh memilih untuk mempunyai lapisan atau tidak mempunyai lapisan. Biarkan imej ini memberitahu anda perbezaannya.

Varsity jacket with no lining
Varsity jacket with satin lining
Varsity jacket with quilt lining

Dekorasi

Anda boleh menghiasi varsity jacket anda dengan logo, huruf, maskot, website dan sebagainya supaya kelihatan lebih menarik. Kami ada menawarkan beberapa pilihan dekorasi yang akan menyerlahkan lagi kehebatan varsity jacket anda.

Sila klik pada jenis-jenis dekorasi di bawah untuk mendapatkan maklumat dan gambar-gambar.

Kedudukan dan Ukuran

Desain di belakang boleh dibuat sehingga ukuran A3 dengan cetakan slikscreen

Galeri

Buat Desain Varsity Jacket anda Sekarang

Online Design Tool

Gunakan Online Designer Tool untuk mereka desain varsity jacket anda dengan mudah. Sila gunakan komputer berskrin penuh ketika membuat rekaan desain dengan tool ini.

Templat AI

Kami juga menyediakan templat Adobe Illustrator (AI) dalam versi CS5, CS6, CC dan PDF. Muat turun templat ini dan gunakannya untuk mereka desain varsity jacket anda.