Soalan-soalan Yang Kerap Ditanya

Bagaimana mahu membuat tempahan pakaian?

Beritahu kami jenis pakaian, kuantiti dan tunjukkan reka bentuk pakaian atau sekurang-kurangnya jelaskan kepada kami tentang pakaian yang anda mahu tempah. Kami akan memberikan harga berdasarkan maklumat yang diberikan.

Sila rujuk Langkah-langkah Tempahan untuk penjelasan tentang bagaimana anda membuat tempahan pakaian dengan kami.

 

Berapakah kuantiti tempahan minima?

Sila rujuk Kuantiti Tempahan

 

Saya mahu menempah pakaian untuk kumpulan saya, tetapi bolehkah ada beberapa warna dan desain pakaian dalam satu tempahan?

Bagi setiap tempahan pakaian, warna, reka bentuk desain dan spesifikasi mestilah sama. Hanya saiz sahaja yang boleh berlainan.

 

Bagaimana membuat reka bentuk desain pakaian?

Ada 3 cara untuk membuat reka bentuk pakaian:

  1. Gunakan Design Tool di website kami (terhad beberapa jenis pakaian)
  2. Gunakan templet yang kami sediakan, dapatkan daripada Design Templates, anda perlu menggunakan aplikasi Adobe Illustrator
  3. Buat lakaran rekaan pakaian di atas kertas

Kirimkan kepada kami melalui Kirim Mesej berserta maklumat yang jelas seperti bilangan, saiz, spesifikasi dan lain-lain.

 

Berapa lamakah jangka masa tempahan?

Jangka masa tempahan adalah berbeza bergantung kepada jenis pakaian, kuantiti tempahan, reka bentuk pakaian dan juga spesifikasi pakaian. Sila rujuk kepada Jangka Masa Penyediaan.

 

Bagaimana dengan proses pembayaran?

Kami memerlukan bayaran pendahuluan sebanyak 60% daripada jumlah harga tempahan dan bakinya dijelaskan semasa datang mengambil sendiri atau sebelum penghantaran. Anda juga boleh membuat bayaran penuh untuk meneruskan tempahan. Sila rujuk Kaedah Pembayaran.

 

Apakah cara pembayaran yang diterima?

Kami menerima bayaran melalui pindahan wang bank tempatan dan pindahan telegraf bank antarabangsa. Sila rujuk Kaedah Pembayaran atau hubungi customer service kami untuk penjelasan lanjut.

 

Adakah anda menerima tempahan urgent?

Kami akan mempertimbangkan tempahan urgent bergantung kepada keadaan kuantiti tempahan, reka bentuk pakaian, spesifikasi pakaian dan keadaan semasa di produksi kami

Tempoh untuk tempahan urgent mestilah tidak kurang daripada 3 minggu. Harga bagi tempahan urgent adalah berbeza daripada tempahan tempoh biasa dan perlu dibuat bayaran penuh.

 

Bolehkah tempahan pakaian kami dihantarkan kepada kami setelah ia siap?

Ya, kami boleh menghantarkan tempahan ke seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia.

 

Bagaimana jika pakaian yang kami dapat saiznya tidak sesuai?

Kami  mengesyorkan pelanggan membaca dulu Ukuran Saiz sebelum membuat tempahan. Setiap tempahan adalah dibuat khusus untuk pelanggan dan ia tidak boleh dipulangkan atau diganti baru, melainkan kesilapan datang dari pihak kami.