Syarat-syarat dan Ketentuan

Di dalam syarat-syarat dan ketentuan ini, apabila ia merujuk kepada ‘kami’ dan seumpamanya, ia merujuk kepada Eraine Creative Sdn Bhd. Apabila ia merujuk kepada ‘pelanggan’, ‘pembeli’, ‘ anda ‘, dan seumpamanya, ia merujuk kepada orang yang membeli produk kami, menggunakan perkhidmatan kami, atau kedua-duanya.

Tempahan yang anda buat menunjukkan anda telah menyetujui syarat-syarat dan ketentuan yang kami tetapkan. Kami berhak mengubah syarat-syarat dan ketentuan ini dari semasa ke semasa dan ia akan berkuatkuasa mulai tarikh ia dikemaskinikan di laman web kami.

 

1. Jenis pakaian dan maklumat lengkap tentang tempahan

Pelanggan mestilah memastikan jenis pakaian yang ditempah dan menyediakan maklumat tempahan seperti kuantiti, saiz, reka bentuk, lakaran, jenis kain dan sebagainya. Kirimkan maklumat-maklumat ini kepada kami.

 

2. Sebut harga

Daripada maklumat yang diberikan, kami akan membuat kiraan kos yang terlibat, menawarkan harga dan menjelaskan cara pembayaran kepada pelanggan. Proses selanjutnya akan diteruskan selepas pelanggan setuju dengan harga yang kami tawarkan.

 

3. Pembayaran

  • Ada 2 kaedah pembayaran untuk membuat tempahan:
    • Bayaran penuh
    • Bayaran pendahuluan sebanyak 60% daripada jumlah harga dan bakinya dijelaskan sebelum penghantaran dibuat atau semasa pengambilan.
  • Kami tidak akan memproses tempahan anda sekiranya bayaran pendahuluan tidak mencukupi. Tempahan anda akan ditangguhkan hinggalah kami menerima bayaran pendahuluan yang mencukupi.
  • Bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.
  • Sebarang kos transaksi pembayaran adalah ditanggung oleh pelanggan.
  • Jika ada baki bayaran, ia mestilah dijelaskan sebelum penghantaran dibuat.
  • Kami akan mulai memproses atau mengaturkan penghantaran selepas bayaran ditunaikan ke dalam akaun bank kami.

 

4. Pengesahan visual reka bentuk grafik dan spesifikasi pakaian

Kami akan menyediakan visual reka bentuk dan spesifikasi pakaian yang pelanggan mahu tempah untuk pengesahan. Proses produksi pakaian hanya akan dimulakan setelah pelangan mengesahkannya.

Kami tidak menyediakan sampel pakaian yang pelanggan tempah sebelum menjalankan produksi, melainkan pelanggan setuju untuk menanggung kos pembuatan sampel.

 

5. Tempoh pembuatan

Tempoh pembuatan akan memakan masa dari 4 hingga 8 minggu untuk setiap tempahan, bergantung kepada jenis pakaian, bilangan tempahan dan juga kepadatan kerja produksi kami pada masa tempahan diterima. Kami akan memaklumkan pelanggan semasa membuat tempahan.

 

6. Tempahan Urgent

Harga bagi tempahan urgent adalah berbeza daripada tempahan tempoh biasa dan perlu dibuat bayaran penuh. Kami akan mempertimbangkan tempahan urgent bergantung kepada keadaan berikut:

  • Kuantiti tempahan
  • Reka bentuk pakaian
  • Spesifikasi pakaian
  • Keadaan semasa di produksi kami

Tempoh untuk tempahan urgent mestilah tidak kurang daripada 3 minggu.

 

7. Tempahan siap

Kami akan memaklumkan pelanggan apabila tempahan sudah siap.

 

8. Perubahan, pembatalan dan pemulangan wang

  • Pelanggan tidak boleh membuat perubahan setelah pengesahan tempahan dan setelah proses pembuatan bermula.
  • Tempahan tidak boleh dibatalkan setelah pengesahan dan bayaran tidak akan dipulangkan. Pada tahap ini, wang pembayaran sudah digunakan untuk menyediakan bahan-bahan untuk produksi pakaian pelanggan.

 

9. Penghantaran

  • Penghantaran dibuat dengan menggunakan perkhidmatan kurier atau perkhidmatan dispatch.
  • Penghantaran dicaj berasingan daripada harga pakaian.
  • Caj penghantaran adalah berdasarkan jumlah berat pakaian dan juga lokasi penghantaran.
  • Caj penghantaran mestilah dijelaskan bersama baki bayaran (jika ada) sebelum penghantaran dibuat.

 

10. Pemulangan barang

  • Pakaian yang sudah siap dan dihantar tidak boleh dikembalikan kepada kami atau diminta pemulangan wang.
  • Jika ada masalah pada pakaian yang berpunca daripada produksi kami, pakaian boleh dikembalikan untuk dibaiki.